Sunday, October 3, 2010

Sistem Integumentari

SISTEM INTEGUMENTARI(KULIT)

Kulit merupakan organ homeostasis yang penting.
Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun.
Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah.
Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.



Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.
Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi .
Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma .

Antara kepentingannya ialah:
1. Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas.
2. Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap.
3. Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa.
4. Enzim-enzim boleh menjalankan fungsinya dengan optimum

Lapisan epidermis

Tidak mempunyai saluran darah , bergantung kepada bekalan darah daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel epidermis yang nyata iaitu:

1. Lapisan germinatif ( Malphigi )
2. Lapisan granul
3. Lapisan jernih
4. Lapisan terkematu

Lapisan germinatif

Lapisan yang paling bawah pada epidermis.
Sel-sel lapisan germinatif merupakan sel yang aktif membahagi.
Hasil pembahagian sel-sel germanitif ini akan tersesar keluar ke arah permukaan di atas lapisan germinatif.
Lapisan yang keluar ini merupakan lapisan granul.
Lapisan granul
Lapisan ini berada di atas lapisan germinatif. Sel-sel lapisan germinatif mempunyai banyak granul. Granul ini terdiri daripada keratin, keratin merupakan bahan keras berprotein.

Lapisan jernih

Lapisan ini berada di atas lapisan granul. Sel-sel lapisan granul merupakan sel-sel yang sukar diwarnakan.
Bentuk sel-sel jernih ini juga, akan semakin pipih apabila menjauhi bekalan darah.
Sel-sel ini akan mati apabila bekalan darah tidak diterima atau tidak mencukupi.

Lapisan terkematu

Lapisan ini berada di atas lapisan jernih. Sel-sel ini merupakan bekas sel-sel jernih iaitu sel-sel tanduk yang pipih dan telah mati akibat tidak menerima bekalan darah. Lapisan ini berfungsi untuk membentuk penutup luar iaitu untuk melindungi kulit. Sel-sel lapisan ini sama seperti kepingan nipis yang sentiasa digugurkan dan diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam lapisan terkematu

Lapisan dermis

Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah. Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. Terdapat juga otot-otot dan kelenjar tertentu berfungsi untuk kawalaturan homeostasis. Pada dermis juga, terdapat akar rambut.

Reseptor

Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah:

1. Reseptor sentuhan
2. Reseptor Suhu atau termoreseptor
3. Reseptor tekanan
4. Kelenjar

Antara kelenjar yang terdapat dalam dermis ialah:

1. Kelenjar peluh
2. Kelenjar sebum
3. Lapisan lemak subkulitan
Lapisan ini merupakan lapisan penebat haba.

Fungsi kulit

Antara fungsi kulit ialah:

1. Perlindungan
2. Mencegah dehidrasi
3. Rangsangan luar
4. Menyimpan lemak
5. Sintesis Vitamin D
6. Menghasilkan bau dan penyamaran
7. Kawalaturan suhu

1. Perlindungan

Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang senantiasa gugur, menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit.

2. Mencegah dehidrasi

Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air .

3. Rangsangan luar

Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.

4. Menyimpan lemak

Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisa penebat n ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Lapisan lemak ini juga merupakan haba.

5. Sintesis vitamin D

Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor, seterusnya menukarkannya kepada vitamin D .

6. Menghasilkan bau dan penyamaran

Bau berguna untuk tujuan pertahanan terutama bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Bau juga bertujuan untuk membeza antara haiwan-haiwan lain. Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan, mampu meniru atau mengikut perubahan warna persekitaran

7. Kawalaturan suhu

Ini adalah proses homeostasis

2 comments:

Abang Muhammad Fathur Rahman Abg madehi said...

sy copy plizz..n done..hehe

Cheryl Ann said...

Halluu . Bole ka kctau jwpan bgi soalan yang tanya pasal fungsi kulit dalam cuaca yang panas ? Great blog , Thnx :)

Post a Comment

Assalamualaikum.. hello!!!
sila komen! sila komen! sila komen! hehehe

Template by:

Free Blog Templates