Thursday, February 3, 2011

SIRI ULANGKAJI

Soalan Tema Pembandaran

1. (a) Maksud petempatan setinggan

- rumah dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan
- di atas tanah persendirian atau kerajaan atau milik swasta
- tidak mengikut peraturan yang ditetapkan
- kawasan penduduk padat
- kedudukan tidak teratur /dipinggir Bandar/tengah Bandar

(5 ciri x 1 markah = 5m)



(b) Faktor-faktor yang meyebabkan wujudnya petempatan setinggan

i. migrasi secara besar-besaran dari luar Bandar ke Bandar
ii. masalah kekurangan tempat tinggal di bandar
iii. krisis perumahan – kegagalan menyediakan jumlah rumah yang cukup untuk penduduk bandar yang bertambah
iv. kos hidup yang tinggi- sewa rumah yang tinggi
v. kawasan petempatan yang terhad
vi. kebanjiran pendatang asing
vii. kadar ubanisasi yang pesat yang tidak terkawal- kebanjiran imigran yang berpendidikan rendah dan tidak berkemahiran
viii. ketidaktegasan pihak berkuasa menangani masalah setinggan seperti terlalu bertolak ansur/berperikemanusiaan.

(mana-mana 5 x2= 10 m)

Nota : mesti beri contoh satu Bandar utama di Asis- jawapan umum maksima 5markah sahaja.


(c ) Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan setinggan

i. membina lebih banyak rumah murah/rumah flat/rumah kos rendah untuk
mereka yang berpendapatan rendah.

ii. mengambil langkah yang tegas/penguatkuasaan undang-undang ke atas mereka yang membina petempatan haram

iii. pihak syarikat/majikan menyediakan kemudahan tempat tinggal/asrama kepada pekerja

iv. membangunkan kawasan luar Bandar/memodenkan kegiatan ekonomi luar Bandar bagi mengurangkan migrasi golongan yang tidak berpendidikan

v. membina Bandar baru bagi mengurangkan fungsi bandar utama – mengurangkan tumpuan penduduk dan mengurangkan petempatan setinggan.

vi. Dan lain-lain yang sesuai

(5x2m = 10 markah)


Soalan Kajian Luar


2. Brdasarkan kepada satu kajian luar di mana-mana kawasan kebun kecil yang anda pilih ;

(a) nyatakan faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan ekonomi tersebut.
(9 markah)

(b) jelaskan sumbangan aktiviti tersebut kepada penduduk setempat.
(8 markah)

( c) Huraikan dampak kegiatan tersebut terhadap alam sekitar.
(8 markah)

2. (a) Faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan tersebut.

Tajuk/kawasan kajian - 1
Kaedah kajian - 1
Tujuan kajian - 1

Dapatan kajian :

Faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan kebun kecil

i. tanih yang sesuai
ii. tenaga kerja cukup
iii. bantuan keajaan
iv. modal yang mencukupi
v. teknologi
vi. dll (mana-mana 3x2 = 6+3 = 9 markah)


(c) Sumbangan kegiatan kebun kecil

i. punca pendapatan
ii. bahan mentah untuk industri
iii. peluang pekerjaan
iv. memajukan kawasan luar Bandar
v. meningkatkan taraf hidup.
vi. Kemajuan system pengangkutan

(mana-mana 4 x2 markah = 8 markah)


( c) Dampak kegiatan kebun kecil ke atas alam sekitar :

i. perubahan pandang darat/landskap fizikal
ii. pencemaran sumber-sumber air- racun serangga, baja kimia
iii. hakisan tanah, tanah runtuh. Pembentukan gegalur tanah
iv. kerosakan habitat semula jadi, flora dan fauna untuk kerja-kerja pembesihan
v. kehilangan kesuburan tanah
vi. dll

(mana-mana 4 x 2 markah = 8 markah)

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. hello!!!
sila komen! sila komen! sila komen! hehehe

Template by:

Free Blog Templates